C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS FACEBOOK
The Wannababes
Friday, 13 June 2014 • 18:55 • 1 comments
Kumpulan paling popular di Sekolah Sri Bangsar,tidak lain dan tidak bukan,siapa lagi kalau bukan.. THE WANNABABES! Oh,gedik sungguh mereka! *jangan mereka baca sudahlah,habis Tizz nanti,haha. Pelajar biasa tidak dibenarkan bergaul dengan The Wannababes dan menyentuh mereka! Huh,mereka ingat mereka siapa?



Inilah mereka!

Fasha. Nama panjangnya ialah Fasharina binti Tan Sri Hisham. Merupakan ketua kumpulan The Wannababes. Bapanya memang kaya tahap gaban! Entah berapa juta boleh habiskan! Peh,mentang-mentang anak Tan Sri,semua kena ikut cakap dia saja. Apa Fasha cakap,semua mesti ikut. Sampai guru paling takut nak tegur dia. Itulah gila kuasanya ketua kumpulan tersohor di Sekolah Sri Bangsar!

Shasha. Nama panjangnya ialah Nur Shasha binti Dato' Saidini. Merupakan naib ketua The Wannababes. Sepatutnya ada seorang ahli lagi namanya Sri Hana binti Dato' Jamil. Dialah satu-satunya ahli The Wannababes yang berumur 16 tahun.Tetapi Sri Hana sudah keluar dari kumpulan ini dan membina kumpulan lain bernama 'The Normal Size'. Hana dulunya rapat dengan Fasha. Dia sangkakan Fasha akan memilihnya menjadi naib ketua. Rupa-rupanya jawatan itu tidak tersandang oleh Hana dan dimiliki oleh Shasha. Jadi dia mengambil keputusan untuk keluar saja dari kumpulan itu.

Fazura. Nama panjangnya ialah Fazura Hazura binti Hazim. Paling gedik dalam kumpulan The Wannababes. Sudahlah kumpulan yang tergedik,dia yang paling gedik pula. Dia menganggap bahawa dia orang ketiga dalam kumpulan itu. Iaitu selepas Fasha dan Shasha. Fazura juga perasan yang dia ini puteri raja. Padahal keturunan itu entah nenek moyang zaman bila pun tak tahu. Oh,perasannya Fazura ini! Gedik yang terlampau!

Nana. Nama panjangnya ialah Nana Ilyana binti Yusman. Anak korporat yang berjaya dan kaya-raya. Walaupun kulitnya coklat manis,*manislah sangat*,tetapi dia pandai menggayakan fesyen dan pandai bermake-up. (sudahlah,tak nak pula puji lebih-lebih ahli kumpulan The Wannababes).

Diana. Nama panjangnya ialah Nur Diana binti Naimi. Rambutnya paling kreatif. Iaitu seperti David Beckham. Tetapi Diana tetap cantik. *hmm puji lagi,menyampah pula*.

Sazzy. Nama panjangnya ialah Siti Sazzy Atul binti Abidin. Kalau Diana rambutnya seperti David Beckham,rambut Sazzy pula kerinting. Kalau boleh,nak masak maggi saja! Padan muka,biar botak rambut dia. Biar hangat sekolah nanti. Tapi takut pula dalam rambut dia ada kelemumur or kutu. :3 Boleh lagi kecoh sekolah nanti. Kihkihkih.

Linda. Nama panjangnya ialah Siti Nur Linda binti Ratfar. Member paling manis dalam The Wannababes. 
*huh,puji lagi,terpaksa hokay sebab just nak bagitahu mereka punya personaliti* :p

Okay,tamatlah sudah sesi berkenalan dengan "kumpulan gedik" ini. The Wannababes.


PASTFUTURE
MY WORDS;

"You can't have a better day tomorrow if you keep thinking about yesterday"


GIVE ME YOUR WORDS;



OTHERS;


>> Admin will be in the boarding school next year. So, maybe I can't always blogging.
10:06
13/06/14


>> Do follow me. :) Mention for a followback.
10:04 PM
13/06/14


>> Happy always and enjoy your life!
10:03 PM
13/06/14

BLOG ARCHIVE;

  • Sekolah Sri Bangsar
  • credits to Mania
  • Pisang dan Hati
  • For the first time in forever